Home Berita Semasa Sukan FIFA iktiraf Mokhtar Dahari sebagai top 3 penjaring gol terbanyak dunia

FIFA iktiraf Mokhtar Dahari sebagai top 3 penjaring gol terbanyak dunia

KEJOHANAN EURO 2020 baru-baru ini telah berjaya menempatkan Cristiano Ronaldo sebagai penjaring terbanyak di pentas antarabangsa bersama pemain dari Iran, Ali Daie.

Melalui ciapan terbaru FIFA di Twitter pada 29 Jun, mereka sebagai badan induk bola sepak dunia turut mengiktiraf lagenda Harimau Malaya, allahyarham Mokhtar Dahari yang berada di tempat ketiga dengan 89 gol semasa bersama skuad kebangsaan.

Ia sekaligus menjadikan Mokhtar Dahari berada di satu tahap yang sama bersama pemain bertaraf dunia.

Apa yang pasti, pencapaian ini juga bukti besar sumbangan Mokhtar Dahari dalam sejarah bola sepak negara.

Jadi, memang tidak salah jika selama ini kita mengangkat allahyarham sebagai lagenda sepanjang zaman.

Apa pun, semoga lebih ramai pemain Malaysia yang lain turut mengikuti jejak langkah Mokhtar Dahari untuk mengharumkan nama negara pada masa akan datang.

Sumber: Siakap Keli

Exit mobile version