Home Hiburan Tony Spider meninggal dunia

Tony Spider meninggal dunia

BEKAS pemain bass kumpulan terkenal tanah air, Spider, Tony Iskandar telah menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 1 pagi tadi.

Menurut laporan Awani, allahyarham dikatakan meninggal sewaktu berehat di studio rakaman Luncai Emas milik seniman Datuk M.Nasir di Sungai Buloh.

Berita menyedihkan ini turut dikongsikan oleh rakan seperjuangan, pemain gitar kumpulan Exist, Along melalui akaun Instagramnya awal pagi tadi.

“Pergi lagi seorang sahabat aku. Al fatihah buatmu Tony. Semoga Allah Swt tempatkan mu dikalangan orang beriman. Amin”, tulisnya.

Selain allayharham Tony, Spider yang merupakan antara band popular dalam negara yang mendapat didikan dan asuhan sifu M.Nasir turut dianggotai oleh Tam (vokalis), Nafie (pemain gitar), Aie (pemain gitar) dan Is (pemain bass).

Antara lagu popular kumpulan Spider ialah Relaku Pujuk, Kasih Latifah dan Laukku Cukup Masin.

Sumber: Astro Awani

Exit mobile version