Home Berita Semasa Rumah sewa jadi ‘port’ dadah bernilai RM60,000

Rumah sewa jadi ‘port’ dadah bernilai RM60,000

POLIS membongkar sindiket dadah yang menggunakan rumah sewa sebagai lubuk menyimpan dadah bernilaibRM60,000 bersama penahanan empat individu dalam dua serbuan berasingan di Ampang, pada Selasa lalu.

Serbuan turut berjaya menahan empat individu termasuk pasangan sepasang kekasih.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Supritendan Mohd Shokri Abdullah berkata,  jumlah rampasan dadah itu boleh digunakan oleh 3,842 penagih dadah.

Menurutnya, kegiatan itu terbongkar selepas polis melakukan risikan selama dua minggu selain didapati aktif sejak tiga bulan lalu di sekitar Lembah Klang.

Menurutnya, dalam  serbuan pertama di tempat letak kereta,di  Jalan Ritchie Off Jalan Ampang, di sini, polis memberkas salah seorang ahli sindiket dan merampas dadah jenis Methamphetamine anggaran berat,  66 gram dan 50 pil erimin 5 dalam beg yang dipegang lelaki itu.

“Susulan daripada penahanan itu, polis melakukan serbuan ke atas sebuah rumah di kawasan yang sama dan menahan tiga individu termasuk suspek utama dan teman wanitanya.

“Dalam serbuan itu, polis merampas dadah jenis Methamphetamine  anggaran berat  954 gram, ganja (376 gram) dan 1,000 pil erimin 5,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Mohd Shokri memberitahu, kesemua nilai rampasan dalam kedua-dua serbuan adalah 1.02 kilogram dadah Methamphetamine bernilai RM41,000; ganja 376 gram (RM940) dan 1,050 pili Eramin 5 (RM15,750).

Mengulas lanjut, Mohd Shokri berkata, hasil siasatan mendapati rumah tersebut yang disewa RM2,800 sebulan oleh suspek utama itu, dijadikan sebagai tempat penyimpanan dadah.

Katanya, rumah tersebut baharu tiga bulan disewa.

“Ujian saringan air kencing mendapati kesemua empat suspek itu positif dadah Methamphetamine serta mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah,” ujarnya.

Kesemua mereka katanya, ditahan reman selama tujuh hari sehingga 31 Ogos ini.

Beliau memberitahu, keempat-empat suspek yang berusia

Exit mobile version