Home Berita Semasa Juruwang Hamil Ditumbuk Pelanggan Wanita

Juruwang Hamil Ditumbuk Pelanggan Wanita

Seorang juruwang wanita lebam di bahagian muka selepas ditumbuk oleh seorang pelanggan wanita.

Menurut perkongsian mangsa, Zuriani Mahmood, 25,  di Facebook, kejadian tersebut berlaku pada Sabtu 9 Mac, kira-kira 3.17 petang di sebuah pasaraya dalam pusat membeli belah Southkey, Johor Bahru.

 

Menurut Zuriani, kejadian berlaku semasa membuat pembayaran dan wanita tersebut mahu memulangkan satu barang dibelinya namun dia meminta pelanggan terbabit menunggu kerana pembelian itu sudah masuk ke dalam sistem.

Bagaimanapun secara tiba-tiba pelanggan wanita tersebut terus memarahinya dengan nada tinggi dan terus menumbuk mukanya selepas membuat pembayaran.

Exit mobile version