Hafidz Roshdi didakwa tumbuk muka bekas isteri sehingga luka, Shuhada akhirnya bersuara

HUBUNGAN pelakon Hafidz Roshdi dengan bekas isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri yang sedang dilanda badai kini sekali lagi menjadi tumpuan dan perbualan orang ramai selepas aktor itu didakwa menumbuk muka Shuhada sebanyak tiga kali semalam.

Memetik laporan Xtra, insiden tersebut dikatakan berlaku ketika Hafidz bertemu dengan Shuhada bagi berbincang.

Terkini, Shuhada tampil membuat perkongsian melalui Instagram beliau dengan kenyataan yang menggelarkan Hafidz seorang yang ‘play victim’.

“Coretan seorang Shuhada. Apa yang dah terjadi, Allah memang nak terterakan depan mata yang penyesalan dari seorang manusia jangan kau ukur dengan janji di mulut.

“Play victim as in dia rasa apa yang dia buat selama ni tak pernah salah, tapi ingatlah… Allah Maha Mengetahui setiap sesuatu perkara walaupun hanya dedaun yang luruh dari pokok. ‘Never contact’ again was a bullshit. Yang pasti dia punya ‘stalk’ i, baca ‘every comments is a joke’.

“Hiduplah kau dengan bayang-bayang aku sampai mati, kau takkan tenang,” tulis Shuhada di dalam satu perkongsian di Instagram, sebelum entri tersebut dipadam.

Sebelum ini, Hafidz didakwa telah melafazkan cerai talak satu kepada isterinya itu melalui panggilan telefon dan disaksikan oleh keluarga.

Punca penceraian pasangan tersebut yang sebelum ini dijelaskan adalah kerana kehadiran orang ketiga.

Sumber gambar – Instagram | Sumber laporan – Xtra