Home Berita Semasa Debu Letusan Gunung Ruang Sampai ke Malaysia

Debu Letusan Gunung Ruang Sampai ke Malaysia

Letusan gunung berapi Gunung Ruang memaksa tujuh lapangan terbang ditutup antaranya yang terbesar di ibu kota wilayah Manado dan bandar Gorontalo, serta abu gunung tersebut yang turut merebak ke Malaysia.

Gunung Ruang meletus tiga kali semalam, memuntahkan lahar dan abu lebih lima kilometer ke udara dan memaksa pihak berkuasa mengeluarkan arahan pemindahan untuk 12,000 penduduk.

 

@handrisarapilerupsi gunung ruang

♬ suara asli – handrisarapil

Bahagian gunung berapi yang jatuh ke laut berpotensi menyebabkan tsunami. Susulan daripada itu sebuah kapal penyelamat dan sebuah kapal perang dihantar untuk membantu memindahkan ribuan orang dari pulau Tagulandang berdekatan pulau Siau.

Agensi meteorologi negara (BMKG) berkongsi peta hari ini yang menunjukkan abu gunung berapi sampai ke timur Malaysia di pulau Borneo, yang dikongsi negara itu dengan Indonesia dan Brunei.

Ketua Pos Pemantauan Gunung Ruang, Julius Ramopolii berkata, gunung berapi itu masih mengeluarkan abu dan asap tebal di atas kawah pada pagi ini.

“Gunung berapi itu kelihatan jelas. Kepulan asap dapat dilihat, kelabu dan tebal serta mencecah 500 hingga 700 meter (2,300 kaki) di atas kawah,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, tahap amaran dikekalkan pada ‘tahap tertinggi’ daripada sistem empat peringkat.

Pihak berkuasa turut menyeru penduduk tempatan untuk kekal berada di luar zon pengecualian sejauh 7 kilometer.

 

Exit mobile version