Baru pulang dari AS, Alvin Chong jalani kuarantin dua minggu

    Alvin Chong & Jannine Weigel

    Selain akan kuarantinkan diri selama 14 hari Penyanyi dan pelakon, Alvin Chong juga bakal menjalani ujian saringan kesihatan sebaik sahaja tiba dari Amerika Syarikat.
     
    Alvin, 29, berkata dia akan mematuhi segala arahan yang sudah dikeluarkan kerajaan selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin megumumkan Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari bermula esok.


     
    “Sekarang saya dalam perjalanan pulang ke tanah air dari Amerika Syarikat. Saya maklum berkenaan arahan di keluarkan Perdana Menteri semalam.
     
    “Jadi, apabila di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) nanti, saya akan buat ujian saringan kesihatan yang disediakan.
     
    “Saya juga akan kuarantinkan diri selama 14 hari seperti yang dinasihatkan. Cuma apa yang dirisaukan sekarang di rumah tidak ada barangan makanan dan keperluan harian. Apa-apa pun, doakan saya tiba dengan selamat,” katanya.
     
    Dia berada di sana bagi tujuan percutian peribadi selepas terbabit penggambaran drama memberitahu dalam menangani wabak itu juga secara individu dia mengambil pelbagai langkah yang disarankan termasuk memakai topeng muka dan mencuci tangan.
     
    Alvin yang baru muncul dengan single Tak Terganti terbitan Universal Music berkata, dia tidak terlepas daripada menjaga kesihatan sepanjang berada di negara Uncle Sam itu termasuk ketika berada dalam penerbangan.


     
    “Ketika berada di tempat duduk pesawat, saya pastikan ia bersih dan ‘hygiene’ terlebih dahulu. Malah, saya juga tidak terlepas daripada menggunakan topeng muka, losen tangan dan cecair pembasmi kuman (hand sanitizer).
     
    “Jadi, jangan risau semua. Saya juga tidak mahu ada apa-apa yang berlaku. Jadi, pencegahan awal itu lebih baik,” katanya.


    Sementara itu, seorang lagi artis yang baru pulang dari Amerika Syarikat iaitu Jannine Weigel turut menjalani tempoh kuarantin.


     
    Jannine Weigel adalah artis berdarah kacukan Jerman dan Thailand dan bernaung di bawah syarikat RedRecords iaitu kerjasama antara AirAsia Group dan Universal Music Group.


     
    “Saya baru tiba dari Amerika Syarikat dan perlu berada di rumah dan kuarantinkan diri sepanjang tempoh seminggu ini. Mungkin tidak banyak aktiviti yang boleh dibuat.
     
    “Jadi, sosial media saya juga tidak banyak yang boleh dimuat naik. Apa yang boleh dikongsi, saya akan berkongsi kepada anda,” katanya.