Home Berita Luar Negara “Setiap yang hidup pasti akan mati” – Ustaz Abdul Somad tolak ujian...

“Setiap yang hidup pasti akan mati” – Ustaz Abdul Somad tolak ujian saringan Covid-19

PENDAKWAH bebas terkenal Indonesia, Ustaz Abdul Somad (UAS) mendedahkan dia pernah mengalami gejala Covid-19, namun enggan menjalani sebarang ujian saringan.

Menurut UAS, dia tidak mempunyai jawapan apabila ada yang bertanya sama ada dia pernah dijangkiti Covid-19 biarpun ada mengalami gejala COVID-19, lapor Kosmo.

Jelas UAS, dia ada mengalami kehilangan deria bau, sakit badan dan kepala selepas pulang dari luar bandar baru-baru ini.

“Saya tidak boleh bau durian, tulang-tulang dalam badan seperti mahu patah dan kepala saya seperti dihempap batu berat.

“Namun saya tidak pernah pergi ke hospital untuk menjalani ujian saringan kerana bagi saya, sakit Covid-19 bukan satu hukuman. Setiap yang hidup pasti akan mati, jadi saya jalani hidup apa adanya,” katanya.

Terdahulu, UAS pernah mencetuskan kontroversi apabila mengecam tindakan kerajaan Indonesia menutup masjid di kawasan yang dikenakan perintah berkurung dan mengatakan agama dijadikan kambing hitam dalam perang melawan pandemik COVID-19.

Sumber: Kosmo

Exit mobile version