Home Viral Ah sudah! ‘Awek’ TikTok ini dakwa payudara membesar selepas terima suntikan vaksin...

Ah sudah! ‘Awek’ TikTok ini dakwa payudara membesar selepas terima suntikan vaksin Pfizer

SEORANG remaja perempuan menjadi perhatian di media sosial apabila mendakwa mengalami kesan sampingan ‘aneh’ selepas mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.

Gadis yang berasal dari Norway bernama Emma,17, itu berkata, selepas mendapat suntikan vaksin Pfizer beberapa minggu lalu, payudaranya membesar dan saiz pakaian dalamnya berubah dengan ketara, lapor Kosmo.

“Saiz payudara saya kini menjadi tumpuan apabila memuat naik video di laman TikTok. Ramai kenalan yang menegur perubahan ini.

“Apabila saya membuat carian dalam talian, rupanya ramai wanita di Amerika Syarikat juga mendapat kesan sampingan pembesaran payudara seperti saya,” jelasnya

Seorang pakar kesihatan memberitahu stesen penyiaran Norway, NRK bahawa kesan sampingan itu mungkin berkaitan dengan kelenjar yang membengkak selepas mendapat suntikan vaksin dan ia bukan satu simptom yang membimbangkan.

“Kami telah melihat beberapa kes di mana kelenjar payudara wanita sedikit membengkak selepas disuntik vaksin,” kata Ketua Doktor di Pusat Diagnostik Payudara Nordland Hospital.

Backmann berkata, penerima vaksin yang mengalami kesan sampingan itu boleh menjalani imbasan mamogram selepas empat minggu menerima suntikan jika berasa risau dengan keadaan tersebut.

Sumber: Kosmo

Exit mobile version