Home Berita Semasa Ibu Zayn Rayyan selesai lakon semula di tempat kejadian

Ibu Zayn Rayyan selesai lakon semula di tempat kejadian

Ibu kepada arwah Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6 tahun, telah dibawa oleh pihak polis ke rumah mereka di Damansara Damai, Petaling Jaya, untuk melakonkan semula kejadian pada 5 Disember lalu.

Suspek tiba di lokasi sekitar jam 10.15 pagi menaiki van putih menuju ke blok R kediaman tersebut. Suspek diiringi oleh polis pada jam 11.06 pagi ke tempat kejadian, di mana mayat anak autistik itu ditemui pada 6 Disember tahun lalu.

Tempat kejadian adalah sekitar saliran sungai yang terletak kira-kira 200 meter dari blok kediaman keluarga berkenaan. Lakonan semula selesai pada pukul 12.20 tengah hari, dan suspek beredar menaiki van yang sama.

Sebelum ini, terdapat percanggahan keterangan daripada saksi dan ibu bapa Zayn Rayyan mengenai pembunuhan kanak-kanak autistik itu. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, menyatakan usaha masih dijalankan untuk mendapatkan maklumat dan melengkapkan kertas siasatan.

Mahkamah Majistret Petaling Jaya membenarkan permohonan sambung reman terhadap ibu bapa Zayn Rayyan sehingga 12 Jun bagi membantu siasatan kes pembunuhan tersebut. Sumber Malaysia Bangkit

Exit mobile version