Home Viral Peniaga Dikecam Guna Bahan Tidak Halal, Dianggap Aniaya Pelanggan Muslim

Peniaga Dikecam Guna Bahan Tidak Halal, Dianggap Aniaya Pelanggan Muslim

PETALING JAYA – Tindakan seorang peniaga menggunakan bahan dikhuatiri tidak halal di dalam masakannya menerima kecaman orang ramai.

Makanan yang dijual oleh peniaga itu baru-baru ini tular di media sosial apabila seorang pempengaruh membuat ulasan makanan nasi ayam ‘claypot’ yang dijual peniaga tersebut di sebuah restoran.

Difahamkan, peniaga itu mendakwa makanan yang kebiasaannya dimakan oleh bangsa Cina itu dijadikan versi halal supaya pelanggan beragama Islam turut dapat menikmatinya.

Bagaimanapun, ada pengguna media sosial mendakwa peniaga itu sebelum ini telah menggunakan bahan tidak halal di dalam masakannya iaitu wain untuk memasak sebelum menukar bahan itu kepada minyak bijan sebaik sahaja restorannya tular.

Tinjauan di media sosial mendapati rata-rata pengguna mengecam tindakan peniaga tersebut yang dianggap telah menganiaya pelanggan muslim.

“Aniaya pelanggan yang dah pernah makan nasi ayam ini sebelum ‘viral’. Harap orang Islam lebih peka selepas ini pastikan betul-betul halal,” kata Azik.

“Terlalu nak ikut resepi asal. Selepas itu cakap makanan kamu jual versi yang halal. Harap kena tindakan,” kata Zai.

“Kena lebih hati-hati, jangan asal viral je terus nak makan tidak kira halal atau tidak,” kata Saiful.

Sementara itu, tinjauan di akaun media sosial restoran tersebut mendapati premis itu kini ditutup sehingga diberitahu kelak. 

Sumber: Kosmo

Exit mobile version