Home Viral “Ayah tak bagi balik rumah selagi tak habis barang dijual. Kalau tak...

“Ayah tak bagi balik rumah selagi tak habis barang dijual. Kalau tak habis memang kena tampar dan pukul” kisah kanak-kanak malang ini curi tumpuan netizen

Tersentuh melihat seorang kanak-kanak tidur dikaki lima sebuah kedai, seorang pengguna Facebook Mohd Najid pada mulanya hanya mahu mendapatkan sedikit infomasi mengenai kanak-kanak itu.

Bagaimanapun apa yang diceritakan pekerja kedai serbaneka itu cukup menyayat hati apabila menjelaskan kanak-kanak yang sepatutnya bermain dan belajar itu digunakan bapak sendiri untuk menjual wangian.

Malah lebih teruk bukan sekadar malam, malah kanak-kanak itu juga turut dipaksa menjual pada siang hari. Tambahnya lagi bapa kanak-kanak itu juga akan bertindak memukul anaknya itu jika hasil jualan tidak habis.

Jika apa yang dilalui kanak-kanak ini benar-benar berlaku diharapkan pihak berkuasa mengambil tindakan dalam membela nasibnya.

Sedih untuk melihat kanak-kanak sebayanya yang lain sibuk mengisi pengalaman indah manakala dia pula terpaksa melalui ujian kehidupan yang cukup getir.

 

Sumber : Facebook – Mohd Najid

 

Malam tadi saya post tentang anak yang tidur di luar 7e sebelah Hotel Tamu, Kg Baru, KL. Sebelum bertolak balik saya ke 7e utk beli sedikit barang utk anak2.

Semasa membayar, saya minta pekerja 7e hari ni tlg tanyakan no.fon mak anak itu. Abang tak tahu ke? Tanya pekerja tu. Tahu apa? Balas saya. Pekerja tu pun bercerita lah.

Dah lama budak tu tidur ditepi 7e disitu. Bukan shj malam, kdg2 siang hari pun ada. Mak dan ayah sudah berpisah. Ayah nya memaksa anak itu menjual mcm2 barang sperti perfume skrg ni. Ayah x bg balik rmh selagi x hbs barang dijual. Kalau x hbs mmg kena tampar dan pukul.

Ya Allah.. besarnya ujianMu buat anak kecil itu. Semoga ada hamba Allah yg tampil membantu dlm apa jua cara.

Sekiranya ada maklumat dr pekerja itu, saya akan post kn semula disini. Sama2 kita doakan dia.

Exit mobile version