Kisah seorang pekerja makanan segera inu ternyata menyentuh hati warganet.
Bercerita kembali apa yang dilaluinya menurut pengguna laman sosial Roslan Hassan memberitahu dia pada mulanya tidak sedar ketiadaan wang ketika brratur mahu membeli makanan segera.
Malah dia juga cuba menelefon keluarganya namun tidak berjawab membuatkan dia bertanyakan sama ada kad debit boleh digunakan untuk membuat pembayaran.
Namun pekerja makanan segera yang dikenali sebagai Firdaus Fitri itu menjelaskan pihaknya hanya menggunakan pembayaran tunai.
Bagaimanapun dalam usaha membantu menyelesaikan masalah itu, Firdaus Fitri tidak teragak- agak memberitahu jika pesanan itu dibuat untuk seorang dia hanya akan menggunakan duitnya sendiri.
Memandangkan pesanan itu dibuat untuk satu keluarga Firdaus Fitri dengan baik meminta Roslan mengambil wang di ATM sementara pihaknya menyiapkan pesanan tersebut.
Namun sikap baik Firdaus terus menyentuh hati apabila dia juga sanggup meminjamkan motosikalnya bagi mengelakkan Roslan berjalan jauh.
Ternyata apa yang dilalui Roslan ini membuka ruang untuk dia berkongsi bagaimana seorang anak muda tidak sekadar mempunyai hati yang baik tetapi juga cukup bijak menguruskan masalah yang dihadapi pelanggannya.
“Semalam saya singgah di A&W Hentian Rehat Ayer Keroh. Saya beratur utk memesan makanan. Queue agak panjang. Ketika itu isteri saya bersama dengan ibu saya di surau. Di poket saya tiada cash walau sesen pun ketika itu. Bila hampir tiba giliran saya, saya cuba hubungi isteri saya tapi panggilan saya tidak berjawab. Saya cuba call anak² perempuan saya yg ketika itu bersama ibu dan nenek mereka, pun tidak berjawab. Saya fikir mereka mungkin sedang solat atau menguruskan ibu saya di toilet.
Bila tiba giliran saya, saya bertanya kpd cashier samada menerima pembayaran melalui kad debit. Malangnya tidak. Saya beritahu cashier bahawa saya langsung tiada cash di tangan. Utk call isteri atau anak² ketika itu tidak begitu appropriate kerana org yg beratur agak ramai.
Anak muda cashier ini Firdaus Fitri bertanya kepada saya “Pakcik nak order banyak ke? Kalau untuk seorang tak apa saya belanja”.
Saya beritahu dia saya nak order untuk 9 orang. “OK Pakcik…Pakcik order dulu…lepas tu boleh ambil duit kat ATM”.
Saya tanya di mana letaknya mesin ATM terhampir. Dia beritahu ada di stesen Petronas. Jaraknya agak jauh utk berjalan kaki.
“Pakcik boleh bawa motor tak?” tanya Firdaus Fitri. Saya angguk. “Lepas order ni Pakcik jumpa saya di belakang ambil kunci motor…ya”.
Selesai membuat pesanan, saya terus menuju ke pintu keluar utk ke arah belakang restoran. Masa itu saya bertemu dgn isteri dan anak² bersama ibu saya. Lega. Saya lalu meminta sedikit cash dan terus membuat pembayaran.
Saya minta izin Firdaus Fitri utk merakam foto beliau. Anak muda Kelantan ini berjiwa besar, berhati mulia, baik hati dan yg penting dia ada skill pengurusan yg baik dlm menyelesaikan masalah. Kalau dilatih anak muda ini dia mampu menjadi seorang Pengurus yg baik.
Tahniah A&W Hentian Rehat Ayer Keroh kerana memiliki seorang kakitangan yg berkualiti,”
Foto : Firdaus Fitri