Home Terkini Pesawat 737 bawa 133 orang terhempas di China, cetuskan ‘gunung api’

Pesawat 737 bawa 133 orang terhempas di China, cetuskan ‘gunung api’

SEBUAH jet penumpang milik syarikat penerbangan China Eastern Airlines membawa 133 penumpang dan kru terhempas di barat daya China dan mencetuskan ‘gunung api’, manakala angka kematian masih belum diketahui, lapor stesen penyiaran rasmi, CCTV hari ini.

Memetik laporan Kosmo, pesawat jenis Boeing 737 itu terhempas di sebuah kawasan pedalaman dekat bandar Wuzhou, rantau Guangxi dan mencetuskan ‘api setinggi gunung’.

Menurut laporan CCTV yang memetik kenyataan biro, pasukan penyelamat telah dikerah ke lokasi kejadian.

CCTV menyatakan, sebuah pesawat Boeing 737 China Eastern membawa 133 orang telah terhempas di daerah Teng dan mencetuskan api setinggi gunung

Media tempatan pula melaporkan bahawa Penerbangan MU5735 milik China Eastern gagal tiba ke destinasinya di Guangzhou selepas berlepas dari bandar Kunming sejurus selepas pukul 1 tengah hari ini (waktu tempatan).

Pihak China Eastern masih belum mengulas berhubung nahas tersebut setakat ini.

Sumber: Kosmo

Exit mobile version