Home Hiburan Akhirnya terjawab, Neelofa sah milik PU Riz dengan sekali lafaz

Akhirnya terjawab, Neelofa sah milik PU Riz dengan sekali lafaz

TANDA tanya tentang status hubungan usahawan selebriti Neelofa dan pendakwah bebas PU Riz akhirnya terjawab apabila mereka selamat diijab kabul dengan sekali lafaz sebentar tadi.

Majlis akad Neelofa atau nama sebenarnya Noor neelofa Mohd Noor, 36, sah menjadi isteri kepada PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail, 26, berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Kuala lumpur.

Majlis bertemakan warna putih itu dihadiri hanya 200 tetamu yang terdiri daripada keluarga dan rakan terdekat kedua-dua pihak.

Neelofa bagaimanapun difahamkan tidak mendedahkan jumlah wang hantaran, namun mendedahkan menerima sebentuk cincin daripada pihak lelaki.

Melalui laporan Berita Harian, kedua-dua pasangan ini menzahirkan rasa syukur apabila majlis yang dirancang berjalan lancar.

“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas kelancaran majlis pernikahan kami.
“Kami berharap agar pernikahan ini menjadi satu ikatan abadi yang diberkati oleh Allah SWT, insya-Allah,” ujar pasangan berkenaan.

Mengulas detik perkenalannya, Neelofa berkata, dia mengenali PU Riz pada Jun, 2017.

“Bagaimanapun, saya bekerjasama buat kali pertama dengan suami untuk sebuah projek pada 2018.

“Selepas kolaborasi ini, kami tidak berhubung sehinggalah setahun kemudian.

“Dari titik pertemuan semula ini, kami mula mengenali hati budi masing-masing,” jelasnya.

Bekas pengacara MeleTOP itu berkata, suami seorang yang sangat baik, lemah lembut dan matang.

“Apabila berbual dengannya, saya boleh bincangkan banyak hal dan ia membuatkan saya berasa selesa.

“Dia juga pendengar yang baik dan sentiasa cuba membantu memberi solusi jika saya menghadapi sebarang kesukaran dan masalah,” kata Neelofa.

Sumber: Berita Harian

Exit mobile version