Home Hiburan “Penceraian Jalan Terakhir” – Nora Danish dan Nedim Sudah Tinggal Berasingan

“Penceraian Jalan Terakhir” – Nora Danish dan Nedim Sudah Tinggal Berasingan

Pelakon Nora Danish tanpa berselindung mengakui yang rumah tangganya bersama Mohamad Nedim Nazri sedang bergolak.

Menurut pelakon drama Puteri itu lagi, mereka juga sudah tinggal berasingan sejak tiga bulan lalu dan kini menetap di rumah keluarga masing-masing.

“Perkahwinan kadang-kadang perlukan ruang. Itu lumrah,” jelasnya tenang.

Bagaimanapun, tegas Nora masalah rumah tangga yang melanda mereka tiada kaitan dengan campur tangan orang ketiga.

“Sebenarnya tidak ada kena mengena dengan orang ketiga. Lebih kepada persefahaman masing-masing” jelasnya lagi.

Tambahnya lagi, dirinya dan Nedim berusaha sebaik mungkin untuk menangani kemelut yang melanda rumah tangga mereka sebaiknya.

 

“Perceraian adalah jalan terakhir. Apa juga keputusan, saya mengharap yang terbaik untuk kami berdua dan anak-anak.

“Itulah aturannya, kebetulan seiring dengan keadaan rumah yang sedang direnovasi, masing-masing cari ruang untuk selesaikan masalah ini.

“Kami berdua serahkan dan doakan yang terbaik. Macam saya cakap, perceraian adalah jalan terakhir. Kami berdua pernah melalui fasa itu jadi apa pun, kita mahu yang terbaik.

Nora Danish dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamed Neqayl.

 

Exit mobile version