Home Hiburan Senarai Peserta Maharaja Lawak Mega 2019

Senarai Peserta Maharaja Lawak Mega 2019

Maharaja Lawak Mega 2019

Acara pentas komedi terkenal di Astro kini kembali lagi. Program Maharaja Lawak Mega 2019 kini akan bermula tidak lama lagi. Kali ini masih mengekalkan konsep seperti sebelum ini, pertandingan antara pelawak bagi mencari sang juara bagi tahun 2019.

Program Maharaja Lawak Mega 2019 secara rasmi akan membuka pentas pada 1 November 2019 dan terus diadakan bagi setiap hari jumaat dan melangsung selama 11 minggu bagi menentukan siapakan Maharaja Lawak Mega 2019.

Sebelum ke pentas sebenar, telah diadakan MLM2019 – Kerusi Panas yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dimana terdapat lebih 10 kumpulan merebut tempat ke pentas lebih besar iaitu Maharaja Lawak Mega 2019 dan 3 kumpulan daripadanya akan diserap masuk. Jadi pada 25 Oktober 2019 semalam, telah terjawab siapakah 3 kumpulan tersebut.

Pada edisi MLM2019 kali ini, Dato AC Mizal masih lagi memegang watak sebagai pengacara bagi mengemudi program tersebut dan dibarisi dengan 3 juri tetap iaitu Sabri Yunus, Fasha Sandha dan David Teo. MLM2019 akan disiarkan setiap jumaat pada jam 9 malam di Astro Warna dan Warna HD.

 

Perserta MLM2019

 

Senarai Peserta Hot-Seat Maharaja Lawak Mega 2019

  1. Onxon
  2. Halus
  3. Smart

Senarai Peserta Maharaja Lawak Mega 2019

  1. Bocey
  2. Cali
  3. J-Born
  4. Popon
  5. Puteh
  6. Rahmet
  7. Rare
  8. Rojak
  9. Stone
  10. Zero
  11. Jambus
 
Apa-apapun semoga berjaya kepada semua peserta. Buatlah lawak tetapi tidak merendahkan mana-mana individu. Carilah bahan yang lebih berkualti. Stop lawak shaming each other. Tiba-tiba emo pula haha
 
Jika 2018, Shiro memenangi MLM, tahun 2019 siapa? Aku rasa J-Born

 

Exit mobile version