Home Hiburan Ruhainies Dedah Jalan Cerita dan Dialog ‘Terjerat’ Seperti Situasi Yang Berlaku Dalam...

Ruhainies Dedah Jalan Cerita dan Dialog ‘Terjerat’ Seperti Situasi Yang Berlaku Dalam Hidupnya Ketika Ini

Pelakon terpalit kontroversi Ruhainies kebelakangan ini kerap membalas dan berinteraksi dengan peminatnya di Instagram melalui ciri ‘Ask Me Question’.

Gara-gara kontroversi ditangkap khalwat bersama Aliff Aziz hingga yang terbaru, pendedahan yang dibuat kekasih gelap Aliff Aziz, Sarah Yasmine, pastinya ramai netizen yang bergosip dan tanpa henti memperkatakan perkara yang tidak baik mengenainya.

Namun, ada di antara netizen yang meminta maaf kepada Ruhainies. Menurut Ruhainies dia akan memaafkan mereka dan menganggap orang luar tidak tahu cerita sebenar yang berlaku.

“Mereka tidak nampak apa sebenarnya berlaku. Mereka tak ada di tempat kejadian, mereka takt ahu cerita sebenar

“Mereka ada hak meluahkan apa yang mereka rasa. Mereka juga ada hak untuk menilai  apa yang mereka nampak secara luaran,”jelasnya

Dalam perkongsian lain, Ruhainies mendedahkan drama lakonannya ‘Terjerat’ sama seperti yang sedang berlaku dalam hidupnya ketika ini termasuk jalan cerita dan dialog drama tersebut.

“Jalan cerita sebenarnya lebih kurang cerita dalam kehidupan sebenar yang sedang saya hadapi ketika ini. Tak pasti kebetulan atau apa.

“Masih tak boleh nak hadam. Jalan cerita, dialog..” luahnya.

Nama Ruhainies tanpa henti menjadi sebutan netizen dan media selepas ditangkap khalwat pada 9 Mac lalu. Kemudian baru-baru ini seorang wanita warga Singapura yang juga kekasih gelap Aliff Aziz pula mendedahkan perbualan mereka di media sosial baru-baru ini.

 

 

Exit mobile version