Selebriti jelita Indonesia ‘kantoi’ jadi pelacur, dedah baru sempat layan 5 orang pelanggan

SEORANG selebriti Indonesia menjadi bualan hangat apabila didakwa melacurkan dirinya akibat keadaan ekonomi dirinya yang meruncing. 

Cassandra Angelie, 24, didakwa terjebak dalam aktiviti tidak bermoral itu selepas ditahan bersama seorang lelaki dalam bilik hotel.

Beliau juga dikatakan berada dalam keadaan berbogel ketika serbuan dibuat.

Menurut Ketua Polis Metro Jaya, E Zulpan, Cassandra tidak mempunyai pilihan selain memberi kerjasama ketika dirinya ditangkap.

Dalam serbuan itu, polis menemukan pakaian dan seluar dalam berwarna hitam, 4 unit telefon bimbit serta kad ATM. 

Selain itu, pihak berkuasa turut menemukan pakaian dalam, kad ATM dan sebuah telefon dipercayai milik Cassandra.

Berdasarkan siasatan awal, Cassandra Angelie baru sahaja terjebak dalam aktiviti pelacuran.

Malah dia mendedahkan baru lima kali dilanggan.

Dalam satu pengakuan kepada polis, Cassandra menjelaskan terpaksa melacurkan diri kerana terdesak untuk mendapatkan wang.

Pelanggan Cassandra dikatakan bukan datang daripada golongan selebriti sebaliknya daripada golongan tertentu.

Dia mula membina nama apabila membawa watak Vera di dalam sinetron ‘Ikatan Cinta’.

Cassandra dikatakan mengenakan bayaran sebanyak 30 juta Rupiah bersamaan RM8,768.45 untuk perkhidmatan pelacuran yang disediakannya.

Sumber: Suara.com