Home Hiburan Sasha Elite kini bergelar isteri

Sasha Elite kini bergelar isteri

Gambar : Jaydee Mohamad

Penyanyi Sasha Saidin kini bergelar isteri kepada usahawan, Sirhan Wahab yang juga rakan zaman persekolahanya.

Sasha yang juga seorang ibu tunggal mengadakan majlis pernikahannya itu semalam di sebuah lokasi di ibu negara.

Memilih sebuah majlis sederhana yang hanya dihadiri kaum keluarga serta rakan terdekat, penyanyi kumpulan Elite ini juga turut dinikahkan adiknya sendiri Zain Saidin.

Sementara itu Sasha sebelum ini pernah berkahwin dengan Johan Abdullah Skinner di London pada 2003 namun bercerai empat tahun kemudian.

Pada 2007, dia berkahwin dengan warganegara Indonesia, Salyo Priyanto dan bercerai pada 2012. Hasil perkahwinan dengan Salyo, mereka dikurniakan seorang anak lelaki Adam Aryasenna Notosoemarsono, 10.

 

Exit mobile version