Home Hiburan Bantu Palestin: Eross Sheila On 7 Serahkan Hasil Lelong Gitar RM100,000

Bantu Palestin: Eross Sheila On 7 Serahkan Hasil Lelong Gitar RM100,000

Eross Candra Menyerah Hasil Lelong Kepada Kitabisa dan Baznas
Eross Candra Menyerahkan Hasil Lelong Gitarnya Kepada Kitabisa dan Baznas

JAKARTA- Eross Candra, gitaris Sheila On 7, telah melelong gitar kesayangannya pada Jumaat, 7 Jun 2024. Hari ini, beliau menyerahkan wang hasil lelongannya kepada Kitabisa dan juga Baznas (Badan Amil Zakat Nasional Indonesia).

Ada cerita menarik dalam proses lelongan ini kerana pada satu minit terakhir, terdapat dua pembida yang membida lebih tinggi daripada pembida sebelumnya, pemuzik bernama Faizal Lubis, yang pada awalnya menjadi pembida tertinggi dengan nilai 100 juta Rupiah. Pada satu minit terakhir, nilai bidaan meningkat menjadi 110 juta Rupiah yang dibida oleh penganjur acara Remember November Fest. Namun, pemenang bidaan pada pagi itu ialah Bagus Utama dengan nilai bidaan sebesar 125 juta Rupiah, yang juga merupakan seorang penganjur acara muzik.

Gitar Eross Untuk Faizal Lubis

Walaupun kecewa, Faizal melalui rakannya menghubungi Eross dan menyampaikan hasrat bahawa beliau tetap ingin memberikan 100 juta Rupiah tersebut melalui Eross untuk Palestin. Eross yang terkejut dengan niat Faizal itu terus menawarkan sebuah gitar Fender yang merupakan prototaip untuk rujukan gitar Eross berikutnya, sebuah gitar hibrid gabungan antara Telecaster dan Stratocaster.

Pada akhirnya, pembida dari Remember November Fest juga turut memberikan sumbangan dengan nilai yang dibida olehnya dan mendapatkan sebuah koleksi gitar daripada Eross Candra juga.

Keseluruhan wang yang terkumpul berjumlah Rp. 335,100,000 atau sekitar RM100,000.

Eross, yang kerap menderma untuk Palestin, merasa sungguh gembira dan di luar jangkaan bidaan mencecah 100 ribu Ringgit Malaysia.

Pada 12 Jun 2024, Eross menyerahkan hasil lelongannya secara simbolik kepada Kitabisa dan BAZNAS di Jakarta. Hasil lelong ini diterima langsung oleh Vikra Ijas, CEO Kitabisa, dan Fitriansyah Agus Setiawan, Pengarah Pengumpulan Perorangan BAZNAS RI.

Eross rela melelong gitarnya demi mewujudkan kesejahteraan masyarakat Palestin.

Sumbangan hasil gitar ini telah dimuat naik dalam halaman mengumpul dana milik Eross di Kitabisa: ⁠kitabisa.com/bergerakuntukpalestina2024. Masyarakat dapat melihat secara terbuka mengenai kempen penyaluran ini.

Sebelum ini, Eross pernah memberikan hadiah gitar miliknya kepada Sakti, bekas anggota Sheila on 7, untuk dilelong bagi tujuan kebajikan di Palestin semasa Sakti mengadakan konsert di Kuala Lumpur tahun lalu.

Semoga tindakan baik Eross Candra ini dapat memberi galakan kepada artis-artis lain untuk melakukan hal yang sama.

Terima kasih kepada orang-orang baik:

Eross Candra, Bagus Utama, @Remembernovemberfest, Faizal Lubis.

Exit mobile version