Home Hiburan Risau meninggal sebab Covid 19, Pink siapkan diri tulis surat wasiat

Risau meninggal sebab Covid 19, Pink siapkan diri tulis surat wasiat

Singer-songwriter Pink attends the premiere of Disney's 'Alice Through The Looking Glass at the El Capitan Theatre on May 23, 2016 in Hollywood, California. / AFP PHOTO / Robyn BECK

PENYANYI terkenal Amerika, Pink mengakui bahawa pengalaman dijangkiti Covid-19 pada tahun lalu merupakan kenangan yang paling buruk dalam hidupnya.

Disebabkan itu, dia juga bimbang jika dirinya menemui ajal kerana jangkitan virus itu dan Pink mendedahkan dia menulis surat wasiat sebagai persediaan awal.

“Memang kedengaran agak tidak masuk akal tetapi kami amat menderita kerana Covid-19 dan itu satu detik yang cukup buruk…

…Saya menulis (surat) dan menghubungi sahabat baik dan beritahu betapa saya menyayangi orang sekeliling terutama dua anak saya dan sebagai ibu, pasti kita akan terfikir apa yang akan ditinggalkan untuk anak-anak, apa yang saya dah ajar mereka. Adakah mereka akan berjaya di dunia kelak (tanpa kita)”, tambahnya.

Menurutnya, sebelum ini perjuangannya melawan Covid-19 bersama anak lelakinya yang berusia tiga tahun merupakan pengalaman paling mencabar mental dan fizikal.

Meskipun sudah pulih dan bebas daripada jangkitan Covid-19, penyanyi yang popular dengan lagu ‘So What’ itu juga mengakui dia masih lagi merasai gejala dan tanda yang pernah dialami dahulu.

Selepas pulih sepenuhnya, Pink menghulurkan bantuan peribadi berjumlah AS$500,000 atau RM2 juta kepada sebuah hospital universiti di Philadelphia. Bantuan itu merupakan bantuan khas ditujukan untuk petugas perubatan yang tidak pernah putus melawan virus Covid-19.

Exit mobile version