Home Hiburan “Rasa Macam Dalam Train” – Inilah Suara Disebalik Pengumuman ‘Stesen Seterusnya’

“Rasa Macam Dalam Train” – Inilah Suara Disebalik Pengumuman ‘Stesen Seterusnya’

Bagi mereka yang selalu menggunakan pengangkutan awam seperti rangkaian transit aliran ringan dan massa (LRT) dan (MRT) pasti sudah biasa dan barangkali hafal dengan pengumuman suara yang dibuat sebelum tren tiba ke destinasi.

Semestinya setiap kali mendengarkan suara wanita tersebut pasti tertanya-tanya siapakah individu di sebalik suara itu?

Menerusi video yang dimuat naik di Tiktok, Atilia Haron mendedahkan pemilik suara yang digunakan untuk membuat pengumuman di dalam LRT dan MRT.

 

@atiliaharonSomeone tag Suhaili pls. I love her ❤️

♬ original sound – Atilia Haron

Ianya adalah milik Suehaily Abdullah, yang merupakan bekas pembaca berita RTM.

Rata-rata netizen teruja selepas mengetahui pemilik suara tersebut.

“Aku dah agak dah, orang yang suara LRT Ni mesti senyum masa cakap. Baru boleh keluar suara macam tu

“Tiba-tiba macam naik MRT padahal kat rumah tengah terbongkang

“Terjawab la soalan masa umur 10 tahun dulu,” antara komen netizen.

 

 

Exit mobile version