Home Hiburan Pencinta kucing, Lisa BLACKPINK kongsi ‘family photo’ dengan kucing peliharaan

Pencinta kucing, Lisa BLACKPINK kongsi ‘family photo’ dengan kucing peliharaan

BAGI sesetengah orang, peneman hidup adalah segalanya buat mereka. Sama seperti salah seorang anggota kumpulan Blackpink yang berasal dari Thailand ini, Lalisa Manoban atau Lisa juga merupakan salah seorang pencinta kucing dalam kumpulan sensasi Korea Selatan itu.

Peminat BLACKPINK yang menggelar diri mereka sebagai BLINK, sudah pasti sedia maklum dengan beberapa keluarga PETPINK iaitu haiwan peliharaan anggota BLACKPINK.

Baru-baru ini, Lisa memuat naik beberapa gambar family photo di Instagram bersama kelima-lima ekor kucingnya yang comel.

Untuk pengetahuan, Lisa mempunyai seekor kucing jenis Scottish Fold bernama Leo, dua ekor Ragdoll iaitu Lily dan Luca, juga dua ekor British Shorthair iaitu Louis dan Lego.

Sebelum ini, Lisa pernah berkongsi kepada penggemarnya mengenai setiap sikap kucingnya yang mana Leo adalah kucing yang gemar membangunkan di pagi hari, Lily dan Luca merupakan sahabat baik, Luca adalah kucing yang dijaga kerana Lisa merasakan Leo sunyi tanpa teman dan Lego adalah kucing yang diambil kerana dia tidak tahan melihat kecomelan Lego ketika masih kecil.

Dalam pada itu, Lisa BLACKPINK dilaporkan menjadi K-Pop idol pertama yang meraih 50 juta pengikut di Instagram.

Exit mobile version