Home Hiburan Pelakon veteran Abu Bakar Omar meninggal dunia

Pelakon veteran Abu Bakar Omar meninggal dunia

PELAKON veteran, Abu Bakar Omar disahkan meninggal dunia sekitar pukul 9.04 pagi tadi di Hospital Alor Setar, Kedah.

Allahyarham meninggal dunia pada usia 73 tahun dan berita dukacita ini dimaklumkan oleh pengacara dan penyampai radio, Sharifah Shahirah melalui Instagramnya.

Menurut anaknya, jenazah akan dikebumikan selepas solat asar di Tanah Perkuburan Islam Akar Peluru Jalan Pegawai Alor Setar, Kedah.

Allahyarham pernah membintangi beberapa filem popular seperti Cinta Kolestrol dan Duyung. Beliau juga pernah memenangi beberapa anugerah antaranya Pelakon Lelaki Terbaik Anugerah Skrin 2012 dan Pelakon Lelaki Terbaik Drama Radio Anugerah Sri Angkasa 1990.

Exit mobile version