Home Hiburan Lagu Gila Juara AJL35, Ernie Zakrie Julang Trofi Vokal Terbaik

Lagu Gila Juara AJL35, Ernie Zakrie Julang Trofi Vokal Terbaik

LAGU Gila hasil nyanyian Kaka Azraff, Noki dan Loca B diumumkan juara Anugerah Juara Lagu ke 35 (AJL35).

Lagu yang mendapat sentuhan magis Noki, Loca B dan Ezra Kong ini membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000.

Manakala lagu Semalam hasil ciptaan sepenuhnya Aina Abdul meraih tempat kedua.

Persembahan memukau Noki, Kaka, Loca B.

Sementara itu, Belenggu Rindu nyanyian Wany Hasrita dan Datuk Jamal Abdillah berada ditempat ketiga.

Tekaan peminat akhirnya membuahkan hasil apabila Ernie Zakrie yang menyanyikan lagu Gundah berjaya membawa pulang trofi vokal terbaik.

Ini merupakan kali kedua, Ernie Zakrie dinobatkan vokal terbaik selepas AJL 33.

Tidak ketinggalan, Zizi Kirana pula dianugerahkan Persembahan Terbaik untuk AJL edisi kali ini.

Tahniah kepada semua pemenang.

Exit mobile version