Home Hiburan Muzik Baggio Harap Sham Buat Yang Terbaik Di GV

Baggio Harap Sham Buat Yang Terbaik Di GV

Sekali pandang tidak dinafikan wajah dua penyanyi yang cukup terkenal pada 90-an ini seakan sama.

Malah sehingga kini juga ada yang memanggil Sham Visa dengan panggilan Baggio yang juga vokalis kumpulan Damasutra.

Berkongsi pengalaman ini, jelas Baggio, dia dan Sham sebenarnya sering mengalami keadaan yang sama apabila sering dipanggil nama berbeza oleh peminat.

Memang wajah kami dikatakan sama malah ada peminat yang kadang memanggil saya Sham dan Sham pula ada yang dipanggil Baggio. “

Saya dengan Sham memang baik malah kami masih berhubung sehingga kini. Jadi bila berkongsi kejadian ini kami hanya ketawa sahaja,” katanya kepada The News.

Sementara itu ditanya mengenai penglibatan Sham dalam program Gegar Vaganza kini. Kata Baggio sebagai rakan dia sentiasa mengharapkan agar Sham mampu memberikan yang terbaik dalam program tersebut.

Sham yang dikenali saya adalah seorang pemalu. Malah saya sendiri terkejut bila tahu dia menyertai GV. Jujurnya sama yakin dia mampu memberikan yang terbaik. “

Bagi saya ini adalah satu platfom yang terbaik untuk dia sendiri kembali dalam industri,” katanya yang kini sibuk mempromosikan lagu terbaharunya berjudul Laduni Cinta.

Sementara ditanya sama ada dia akan mengikut jejak langkah Sham untuk berada dalam GV musim depan, Baggio memberitahu semuanya berbalik kepada keadaan sahaja.

Exit mobile version