Home Hiburan Munawwareen lancar koleksi 2020

Munawwareen lancar koleksi 2020

Menepati kehendak wanita muslimah kini yang mahukan keselesaan dalam berfesyen, butik muslimah Munawwareen baru-baru ini melancarkan koleksi Telekung, jubah dan pakaian muslimah.

Selain berkualiti antara bahagian utama yang cukup dititikberatkan jenama ini adalah menepati kehendak-kehendak syarie. 

Pemiliknya, Puan Hajjah Aliza binti Abu Bakar berkata, koleksi telekung dan jubah direka khas untuk keselesaan dan menepati syariat sekaligus memberi peluang untuk wanita yang mahu menutup aurat turut mampu tampil dengan fesyen terbaik.

“Kami yakin dapat memberikan rekaan yang selesa kerana fabrik yang digunakan adalah dari kualiti yang tinggi dan sesuai dengan cuaca kita dengan harga sangat berpatutan.

“Kami juga mempunyai rekaan poket dihadapan tudung untuk memudahkan para wanita menyimpan barang berharga seperti telefon bimbit dan sebagainya demi keselamatan” katanya semasa pelancaran.

Sementara itu selain menampilkan rekaan fesyen berkualiti dan busana muslimah Munawwareen 2020 juga turut memastikan koleksi ini dijual dengan harga mampu bilik.

Exit mobile version