Home Hiburan Kontroversi Gal Gadot dikecam kerana pertahankan Israel

Gal Gadot dikecam kerana pertahankan Israel

BINTANG hollywood terkenal, Gal Gadot yang juga merupakan warganegara Israel dikecam hebat oleh netizen apabila memuat naik kenyataan mengenai serangan di Genting Gaza.

Menurut laporan akhbar New York Post, pelakon Wonder Woman itu meluahkan kesedihan di laman media sosialnya di Twitter dan Instagram ekoran Israel kini berada di ambang peperangan ketika Rejim Zionis dan pejuang Hamas tidak henti-henti berbalas serangan.

Tulisnya, “Hati saya hancur. Negara saya sedang berperang. Saya khawatir mengenai keluarga saya, rakan-rakan saya. Saya khawatir akan rakyat saya. Ini merupakan lingkaran buruk yang sudah berlangsung terlalu lama. Israel berhak hidup sebagai bangsa yang bebas dan aman”.

“Jiran kami, Palestin juga berhak mendapatkan hak yang sama. Saya berdoa agar permusuhan yang tidak dapat dibayangkan ini berakhir dan para pemimpin kita dapat mencari jalan keluar supaya kita semua dapat hidup berjiran dengan aman,” jelasnya lagi.

Kenyataan Gal Gadot ini seolah berpihak pada dua pihak mungkin terdengar cukup ramah dan ada yang mempersoalkan istilah ‘jiran’ yang digunakan oleh pelakon tersebut di tengah konflik ini.

Dalam pada itu, aktivis Aaron Vallely juga membahas pernyataan Gal Gadot tersebut dan berkata, “apa yang dikatakan oleh Gal Gadot jauh lebih buruk daripada video yang ada di tahun lalu. Negara yang sama melakukan pendudukan ketenteraan, pencurian tanah dan pembersihan etnik terhadap rakyat Palestin. #FreePalestine”.

“Gal Gadot salah. Israel tidak sedang ‘berperang’ dengan Palestin. Malah, sebenarnya Israel membantai Palestin lagi,” kata penyanyi dan penulis lagu James Kennedy yang turut mengecam Gal Gadot.

Untuk pengetahuan, Gal Gadot pernah menjalani latihan wajib ketenteraan dan pernah bertugas sebagai tentera selama dua tahun.

Exit mobile version