Home Hiburan Eyka Farhana Cuba Nasib Jadi Penyanyi

Eyka Farhana Cuba Nasib Jadi Penyanyi

Tidak meletakkan harapan yang besar dalam bidang nyanyian. Bagi pelakon Eyka Farhana, pilihanya untuk terjun dalam bidang nyanyian ini lebih kepada perasaan untuk mencuba.

Walaupun tahu akan ada mereka di luar sana yang tidak senang dengan keputusan ini. Namun jelas Eyka,24, dalam tempoh ini dia tidak fikir kecaman atau pandangan negatif akan menyebabkan dia berputus asa.

Peluang muncul sebagai penyanyi ini datang secara tiba-tiba. Bila ditawarkan untuk menyanyikan lagu Laki-laki, saya ambil masa juga untuk berfikir. Tetapi diyakinkan pihak pengurusan untuk menerimanya.”

Memang saya tidak nafikan nyanyian bukan kepakaran saya. Tetapi tidak salah untuk saya mencuba,” katanya.

Bercakap mengenai pilihan. Eyka tidak berselindung memberitahu lakonan masih menjadi cinta pertama untuk dirinya.

Saya tidak tahu orang lain tetapi berlakon memang lebih senang dari menyanyi. Sebab itu dalam apa-apa keadaan saya akan letakkan lakonan sebagai keutamaan.”

Namun memandangkan saya sendiri yang membuat pilihan untuk berada dalam bidang nyanyian, bermakna perlu juga saya ambil perkara ini dengan serius.”

Sebab itu saya sudah bersedia membahagikan masa antara dunia lakonan dan nyanyian,”

Katanya lagi dia juga sudah mendaftar untuk kelas nyanyian.

Exit mobile version