Home Hiburan Dibesarkan keluarga Nasrani, Reza Rahadian tetap pilih Islam

Dibesarkan keluarga Nasrani, Reza Rahadian tetap pilih Islam

PELAKON kacak yang berasal dari Indonesia, Reza Rahadian kebelakangan ini mula menjadi bualan peminat kerana pendedahannya tentang hal agama yang dianuti.

Perkara ini baru sahaja menjadi perbincangan peminat beliau yang berasal dari Indonesia dan Malaysia, padahal Reza telahpun menganut agama Islam sejak belasan tahun yang lalu.

“Berita ini sebenarnya sudah lama sangat dan saya dah bualkan hal ini sejak zaman entah bila tapi mungkin sebab baru cerita di sebuah podcast Youtube Daniel Mananta Network, jadi mungkin ada yang baru tahu,” katanya.

Reza juga memberitahu, bahawa keputusannya untuk memeluk agama Islam walaupun dibesarkan dalam keluarga yang menganut agama Nasrani atau Kristian ini adalah tanpa paksaan sesiapa pun.

Reza dan ibunya

Tambahnya, Ibu Reza juga mengatakan bahawa tiada paksaan untuknya memilih agama apa pun tetapi nasihatnya kepada Reza adalah hanya menjalankan ibadah dan tanggungjawabnya kepada agama dengan sebaiknya.

Syukur Alhamdulilah! Walau apa pun, sama-sama kita doakan Reza Rahadian istiqamah dan semoga semua dapat menjalankan ibadah puasa dengan penuh makna.

Exit mobile version