Home Berita Semasa Wang Tunai Dalam Riyal dan Baht Dirampas, Suspek Kes Tembak Dipercayai Ingin...

Wang Tunai Dalam Riyal dan Baht Dirampas, Suspek Kes Tembak Dipercayai Ingin Melarikan Diri ke Mekah Melalui Thailand

Polis tidak menolak kemungkinan suspek kes tembakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ingin melarikan diri ke Mekah melalui Thailand.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, ia berdasarkan rampasan sejumlah wang tunai dalam mata wang Riyal dan Baht daripada suspek, semalam.

Menurut laporan Berita Harian, sepucuk pistol bersama 33 butir peluru, mercun bola, enam biji telefon bimbit dan passport turut dirampas.

Selain itu, katanya seperti dilapor Berita Harian, polis turut merampas sepucuk pistol bersama 33 butir peluru, mercun bola, enam biji telefon bimbit dan pasport.

Mahkamah Majistret Kota Bharu di sini, hari ini, membenarkan suspek yang disyaki melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada hujung minggu lalu ditahan reman selama tujuh hari.

Perintah reman hari ini sehingga 22 April (Isnin) itu dikeluarkan Hakim Rais Imran Hamid bagi membolehkan siasatan dijalankan ke atas suspek.

Exit mobile version