Gara-gara kekurangan baki dalam kad tambah nilai Touch ‘n Go (TnG), seorang pemandu kereta Honda Civic memaki hamun jurutol yang bertugas di Tol Segambut.
Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik oleh individu yang dipercayai abang kepada jurutol tersebut, jelas kedengaran lelaki tersebut mengeluarkan kata-kata yang kurang sopan terhadap jurutol.
Tolong cari info jap owner BJW 9268. Kau sound adik aku kn? meh aku nk jumpa. adik aku tak pandai.Aku pandai.meh sini aku nk ajak minum kopi segelas dua. Duk area kepong / manjalara / segambut je ni sbb kau lalu tol duke segambut. kau tak ckup duit nk bayar tol jgn nk buat kecoh pic.twitter.com/ucBUz74Wje
— Azfa (@AzfaMierul) April 22, 2024
“Menyusahkan oranglah engkau ni. Sebab kau bodoh lah kau kerja tol. Buka! Buka! Kalau pandai kau tak kerja tol la,” ucap pemandu tersebut.
Namun, jurutol berkenaan tetap dalam keadaan tenang walaupun dihina oleh pemandu.
Abang kepada jurutol, @AzfaMierul turut berkongsi klip audio kronologi kejadian di X.
Hantaran video tersebut mendapat perhatian Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang meminta mangsa untuk membuat laporan polis agar siasatan dapat dijalankan.
“Salam sejahtera, Mangsa diminta untuk tampil di mana-mana balai polis berhampiran bagi membuat laporan agar tindakan selanjutnya dapat diambil. Terima kasih,” balas PDRM pada ciapan video.
Mangsa juga mendedahkan sudah pun membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut dan menunggu siasatan pihak polis.
Adik aku dah buat report awal dari tweet pdrm. so kita tunggu polis cakap apa. https://t.co/YPNvkKaOfD pic.twitter.com/rqUlSfNsnm
— Azfa (@AzfaMierul) April 22, 2024