Home Berita Semasa Serbuan Ops Sarang berjaya menahan 31 individu

Serbuan Ops Sarang berjaya menahan 31 individu

Operasi serbuan Ops Sarang yang dijalankan oleh polis sepanjang minggu lalu berjaya menahan 31 individu termasuk seorang pengedar dadah di sekitar Kota Kinabalu.

Serbuan yang di buat 19 kali itu mula beroperasi pada 7 Disember lantas berjaya merampas dadah jenis syabu sebanhaj 8.77 gram.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, operasi itu dilaksanakan di beberapa tempat termasuk di Kampung Sembulan, Kampung Darau dan sekitar Pekan Inanam.

“Hasil operasi, seramai 31 suspek berusia antara 16 hingga 47 tahun ditahan selepas dipercayai terbabit dalam penyalahgunaan dadah di sekitar daerah ini.

“Jumlah keseluruhan rampasan dadah sebanyak 8.77 gram syabu yang dianggarkan bernilai RM 438.50 mengikut harga pasaran semasa,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, semalam.

Menurut sumber Berita Harian, semua individu ditahan dan disiasat mengikut kesalahan masing-masing antaranya Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya dan Seksyen 15(1)(A) akta yang sama.

Terdahulu, Habibi berkata, usaha membanteras pengedaran dan penagihan dadah di sekitar Kota Kinabalu diteruskan dari semasa ke semasa.

“Ini bagi memastikan daerah Kota Kinabalu dalam keadaan tenteram, terutamanya membabitkan kegiatan jenayah.

“Bagi mempertingkat lagi usaha ini, kerjasama daripada orang ramai juga diperlukan terutamanya dalam memberikan maklumat berhubung kegiatan itu kepada pihak polis untuk diambil tindakan segera,” katanya dipetik Berita Harian.

Exit mobile version