Home Berita Semasa Nahas Helikopter TLDM Bertembung, 10 Disahkan Terkorban

Nahas Helikopter TLDM Bertembung, 10 Disahkan Terkorban

Seramai 10 mangsa terdiri daripada tujuh kru dan tiga penumpang maut, dalam nahas membabitkan pertembungan dua helikopter yang terbabit dalam raptai bersempena lintas hormat sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 yang dijadualkan berlangsung pada 3 hingga 5 Mei ini.

Dalam kejadian itu, terdapat 2 buah helikopter milik TLDM iaitu M502-6 (FENNEX), dinaiki oleh 3 orang mangsa dan M503-3 (HOM), dinaiki oleh 7 orang mangsa berlepas dari Padang Sitiawan pada 9.03 pagi, pada Selasa.

Berdasarkan video yang tersebar, kedua-duanya dipercayai bertembung sebelum terhempas.

Kesemua 10 orang mangsa yang terlibat telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kesemua mangsa disahkan terkorban di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Angkatan Tentera Pangkalan TLDM Lumut untuk proses pengecaman.

Exit mobile version