Home Berita Semasa Kejuaraan KL City FC, 3 Disember cuti khas – Shahidan Kassim

Kejuaraan KL City FC, 3 Disember cuti khas – Shahidan Kassim

SEMPENA kejayaan Kuala Lumpur City FC (KL City FC) pada aksi final TM Piala Malaysia semalam, hari pelepasan am diberikan khususnya bagi kawasan Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan pada 3 Disember ini (Jumaat).

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim mengumumkan perkara tersebut menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

“Pengisytiharan Hari Kelepasan Am Tambahan ini dibuat selaras dengan subseksyen 9(2) Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Wilayah Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, pasukan KL City FC berjaya menundukkan skuad Harimau Selatan dengan jaringan terkumpul sebanyak 2-0.

Perlawanan berlangsung meriah meskipun dengan pelaksanaan SOP yang ketat bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Mengulas lanjut, beliau berkata kemenangan KL City FC semalam adalah pencapaian terbaik pasukan itu setelah 32 tahun penantian untuk menjuarai Piala Malaysia.

Kali terakhir pasukan bola sepak Kuala Lumpur memenangi Piala Malaysia adalah pada tahun 1989.

Exit mobile version