Home Terkini Duit bersepah atas jalan lepas mesin ATM kena pecah, RM260,000 lesap!

Duit bersepah atas jalan lepas mesin ATM kena pecah, RM260,000 lesap!

SEKUMPULAN lelaki berjaya melarikan wang tunai berjumlah lebih RM260,000 selepas memecahkan sebuah mesin ATM di dalam kedai serbaneka di Taman Meru Indah Klang.

Hasil siasatan pihak polis mendapati kejadian pada jam 5.15 pagi tadi melibatkan seramai empat hingga lima suspek yang bertopeng berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, suspek telah menggunakan gas oxy bagi tujuan memecahkan mesin ATM.

Wang tunai bersepah di atas kaki lima selepas kejadian.

“Sebelum itu, suspek juga telah menyembur cat hitam ke arah kamera CCTV bagi mengelakkan perbuatan mereka dirakam.

“Suspek dipercayai mengambil masa melakukan perbuatan itu dalam tempoh 30 hingga 40 minit,” katanya pada satu kenyataan hari ini.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes untuk tampil menyalurkan maklumat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Exit mobile version