Home Terkini Youtube ‘down’, Gmail, Google Doc & Drive turut alami masalah sama

Youtube ‘down’, Gmail, Google Doc & Drive turut alami masalah sama

BUKAN hanya Youtube, akses kepada pelbagai perkhidmatan Google yang lain termasuk Gmail, Google Doc dan Drive turut dilaporkan menghadapi masalah tidak boleh diakses sebentar tadi.

Berdasarkan Down Detector, lebih 40,000 laporan telah diterima di mana 80% daripadanya membabitkan masalah log masuk pada Gmail.

Sementara itu, Google Drive pula telah menerima lebih 6,000 laporan yang melibatkan masalah untuk mengakses platform itu.

Google Docs turut menghadapi masalah sama.

Menerusi tinjauan pada perkhidmatan Google, syarikat itu telah menyatakan beberapa platform berkenaan sedang menghadapi masalah.

Sehingga artikel ini ditulis, Google masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut berhubung isu tersebut.

Bagaimanapun, semua perkhidmatan Google telah kembali pulih seperti biasa secara berperingkat.

Untuk rekod, Youtube juga menghadapi masalah sama pada 12 November lalu dimana video tidak boleh dimainkan.

Ia melibatkan perkhidmatan seperti YouTube TV, YouTube Music, dan YouTube Kids.

Sumber: wiser

Exit mobile version