Home Berita Semasa Beras Dibuang & Dibakar, Bekas MP Kuala Krau Mohon Maaf dan Bertanggungjawab

Beras Dibuang & Dibakar, Bekas MP Kuala Krau Mohon Maaf dan Bertanggungjawab

Baca :[Video] Puluhan Kampit Beras, Tepung dan Sardin Dibuang dan Dibakar

Susulan tularnya video dan gambar berpuluh-puluh kampit beras, tepung, sardin dan banyak lagi barangan keperluan yang dibuang dan dibakar, bekas Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said memohon maaf.

Menurut laporan Berita Harian, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said memohon maaf kepada semua pihak dan mengambil tanggungjawab sepenuhnya di atas kejadian yang berlaku.

“Saya bertanggungjawab penuh dan sangat menyesali perkara ini, dan memohon maaf kepada semua pihak atas kekhilafan dalam memantau cara pelupusan barangan dapur yang viral di media sosial semalam.

“Saya ambil maklum dan terima kasih atas keprihatinan serta sensitiviti rakyat Malaysia terhadap isu yang tular berkaitan pelupusan beras dan barang dapur di tempat pembuangan sampah berhampiran Jalan Pintasan Rumpun Makmur-Gunung Senyum, Temerloh Pahang,” jelasnya dalam satu kenyataan media.

Jelas beliau lagi, barangan keperluan tersebut merupakan stok simpanan untuk orang ramai ketika beliau menjadi Ahli Perlimen Kuala Krau.

Ia disediakan menggunakan peruntukan peribadi sebelum tempoh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Bagaiamanapun, ketika tempoh berkempen tidak dibenarkan untuk memberi barangan kepada orang awam.

Barangan keperluan tersebut menjadi rosak dan telah dicemari dengan bubuk serta kutu beras. Beberapa bangkai tikus juga ditemui ketika siasatan dilakukan di stor simpanan.

Tinjauan terbaru mendapati tapak pelupusan barangan tersebut sudah pun dikambus dengan tanah dan ditutup oleh SW Corp.

Sumber : Berita Harian

Exit mobile version