ANUGERAH JUARA LAGU 34 MENGETENGAHKAN WARNA-WARNA SUARA KARYAWAN TEMPATAN

     

    Sebagai permulaan tahun baharu, mempunyai semangat yang baharu, 

    TV3 membuka langkah 2020 dengan Anugerah Juara Lagu 34! Setelah Muzik Muzik Separuh Akhir 34 melabuhkan tirainya November lalu, Anugerah Juara Lagu 34 hadir dengan tema ‘Warna-Warna Suara’ pada hari Ahad, 9 Februari 2020 kelak.

     

    Seperti tahun lalu, Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) akan bersiaran langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada pukul 9.00 malam. Pada malam itu nanti, AJL34 akan memulakan kehangatannya dengan Karpet Merah secara strim langsung definisi tinggi (HD) di laman tonton pada pukul 8 malam, atau pada pukul 8.30 malam di TV9.

     

    Semestinya pada malam AJL34 tersebut, 12 finalis yang telah dikenal pasti akan berentap demi gelaran Juara Lagu 34 ditemani oleh Haziq Hussni, Sherry Al Hadad dan Awal Ashaari selaku hos untuk acara berprestij ini. 

     

    Tajuk Lagu

    Penyanyi

    Komposer

    Penulis Lirik

    Drama

    Drama Band

    Aepul Roza, Daus SRK, Faeez Ikhwan, Syed Syahmir, Nik Adib

    Ku Bersuara

    Ernie Zakri

    Syamel, Omar K, Blaine Bakri, John Jeevasingham

    Anta Permana

    Bob Yusof

    Hael Husaini, Ezra Kong

    Sumpah

    Aina Abdul

    Lembah Kesepian

    Haqiem Rusli

    Haqiem Rusli, Ibnu & Gouffran

    Sumpah

    Naim Daniel

    Naim Daniel & Omar K

    Naim Daniel

    Peneman

    Hazama The Penglipurlara

    Tam

    Dinda

    Kugiran Masdo

    Ali Sariah

    Bangun

    Aman RA

    Navigator

    Aman RA

    Kisah Cinta Kita

    Hafiz Suip

    Ikhwan Fatanna, Ayden Ali

    Datuk A. Aida

    Ragaman

    Fairuz Misran

    Faizal Tahir, Mike Chan, Romeo

    Faizal Tahir, Jaare, Karim Karam, Mike Chan

    Rampas

    Akim & The Majistret

    Hang Nadim, Laq

    Bunga Cantik

     

    Seperti tahun lalu, AJL34 juga akan menjual tiketnya melalui laman web https://myticket.asia/ dengan harga serendah RM30, bermula hari ini, 9 Januari 2020, pada pukul 9 malam. Para peminat AJL34 boleh dapatkan tiket AJL34 mengikut aras tempat duduk yang dikehendaki iaitu Arena (RM60), Aras 3 (RM40) atau Aras 4 (RM30). 

     

    Selain itu, peminat tegar finalis AJL34 turut berpeluang bertemu selebriti pujaan mereka sebelum tiba AJL34 di sebuah acara kolaborasi bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Showcase Anugerah Juara Lagu 34 yang akan berlangsung pada hari Sabtu, 18 Januari 2020 di Panggung Anniversari, Taman Botani, Kuala Lumpur. Pelbagai aktiviti disediakan bersama kesemua finalis AJL34 dari pukul 5 petang hingga 10 malam. Antaranya persembahan khas dari para finalis, kemunculan maskot Ejen Ali dan Alif & Sofia, serta penjualan tiket AJL34. Istimewanya pembelian tiket di Showcase AJL34 ini adalah setiap pembelian tiket akan disertakan dengan sebuah hadiah misteri.

     

    AJL34 mendapat sokongan McDonald’s selaku penaja utama yang akan “Meriahkan Juara Lagu sambil menikmati Hidangan Famili Mekdi.” dan juga rakan penaja Aplikasi Setel, aplikasi e-pembayaran petrol pertama di Malaysia. Kini boleh didapati di semua stesen PETRONAS di Lembah Klang. AJL 34 juga disokong oleh radio rasmi, Hot FM dan para rakan digital, Xtra, Senang Terhibur, dan Oh Bulan!

     

    Jangan ketinggalan untuk merasai kehangatan Anugerah Juara Lagu 34 secara langsung di Stadium Axiata, Bukit Jalil dengan dapatkan tiket AJL34 di myticket.asia sebelum kehabisan tiket. Buat para peminat yang tidak berkesempatan untuk hadir ke stadium, mereka boleh menonton AJL34 melalui strim langsung HD di laman tonton. Gunakan tanda pagar #AJL34 di laman media sosial untuk hangatkan perbualan di alam maya.