Home Berita Luar Negara Pelakon ‘Squid Game’ Dijatuhkan Hukuman Penjara 8 Bulan, Pemerhatian 2 Tahun

Pelakon ‘Squid Game’ Dijatuhkan Hukuman Penjara 8 Bulan, Pemerhatian 2 Tahun

Sebelum ini pelakon Squid Game, Oh Young Soo didakwa di atas perbuatan melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita dengan memegang tubuh selain mencium pipinya.

Oh Young Soo akhirnya dijatuhkan hukuman penjara selama lapan bulan. Mahkamah juga menetapkan Young Soo berada dalam tempoh pemerhatian selama dua tahun selain melengkapkan program mencegah gangguan seksual selama 40 jam.

Young Soo dilihat hadir bagi proses pertama perbicaraanya di Mahkamah Daerah Suwon pada Jumaat.

Bagaimanapun, dia ingin mengemukakan rayuan terhadap keputusan mahkamah.

Exit mobile version