Youtuber terkenal dedah kesan selepas diganggu jin – “Muka aku hancur”

BARU-BARU ini tular di media sosial tentang kejadian misteri yang berlaku kepada seorang Youtuber terkenal iaitu Princemeed. Princemeed atau lebih dikenali sebagai Meed mula dikenali apabila sering membongkar kegiatan-kegiatan pertubuhan Illuminati serta berkongsi pengalaman melayari laman sesawang ‘Darkweb‘.

Semuanya bermula apabila Meed membeli sebuah kotak hitam dari laman web ‘Darkweb‘ tersebut. Kotak tersebut dikatakan berisi jin (saka) yang diletakkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab dan membuatkan dia diganggu setelah membuka kotak berkenaan.

“Aku beli kotak berhantu dan aku menyesal.

“Ada angguan di rumah aku sehinggakan jiran cakap rumah bising pada tengah malam,” jelas Meed

Situasi bertambah parah apabila Meed menjelaskan wujud perubahan pada dirinya seperti selera makannya berubah.

Meed juga mendapat perhatian daripada pengikut di laman sosialnya apabila mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Islam Al Idrus yang ingin membantuNYA.

‘Ramai menasihati Meed untuk membuat rawatan islam.

“Muka aku hancur lepas orang ustaz dirasuk dalam rumah aku” tambah Meed.

Jadi apa pendapat anda? Adakah ia sekadar ‘content’ untuk penarik penonton ataupun ia benar-benar berlaku?