Wanita tiba-tiba tercampak keluar dari kenderaan

RAKAMAN ‘dash cam’ salah seorang pemandu di sekitar Shah Alam menjadi tular apabila sempat merakamkan insiden seorang gadis yang kelihatan terkeluar dari sebuah kenderaan.

Ketika kejadian itu, kenderaan Myvi berkenaan dilihat memasang lampu kecemasan sebelum insiden tersebut berlaku.

Difahamkan, kejadian itu berlaku di sekitar Seksyen 7, Shah Alam sewaktu kenderaan tersebut masih bergerak di hadapan Universiti Selangor.

Beberapa pihak mendakwa insiden itu berpunca akibat pergaduhan yang tercetus daripada pasangan kekasih di dalam kenderaan tersebut.

Video tular berkenaan merupakan kejadian yang berlaku pada jam 2.30 petang menyaksikan seorang wanita terkeluar dari kenderaan secara tiba-tiba dalam keadaan kenderaan yang masih gerak.

Setakat ini, polis masih belum membuat sebarang kenyataan melibatkan kejadian itu.