Wanita pengsan semasa tunggang motosikal selepas terserempak suami curang dengan wanita lain dalam kereta

TULAR sebuah video di media sosial yang memaparkan seorang wanita pengsan kerana melihat suaminya yang curang bersama wanita lain di dalam sebuah kereta.

Kejadian yang difahamkan berlaku di Indonesia, wanita berkenaan juga dilaporkan pengsan semasa motosikal yang ditunggangnya sedang melaju di jalan raya gara-gara melihat suaminya berlaku curang.

Ketika ditemui orang ramai, wanita berkenaan sudahpun terbaring di atas jalan raya.

Tidak dapat dipastikan keadaan wanita tersebut, sama ada mengalami kecederaan fizikal atau tidak, tapi apa yang pasti, hatinya sudah tentu terluka setelah menjadi saksi suami curang dihadapan mata sendiri.

Tiada keterangan lanjut dimuat naik bersama-sama video berkenaan, namun nasib malang wanita itu mendapat perhatian warga Tiktok.

Ada yang berkongsi kata-kata semangat, namun tidak kurang juga yang menasihatinya supaya memilih jalan hidup baru dengan meninggalkan sahaja pasangannya yang tidak berlaku jujur itu.