Wanita emosi terajang warga emas dikecam, suka hati tuduh anak OKU diculik

TERBARU tular sebuah video di media sosial yang memaparkan tindakan seorang wanita menendang seorang pemandu warga emas menaiki kenderaan jenis Perodua Viva atas dakwaan penculikan ke atas anaknya yang merupakan seorang Orang Kurang Upaya (OKU).

Walau bagaimanapun, dakwaan tersebut bukanlah kejadian cular seperti yang digembar-gemburkan di media sosial. Namun, kes berkenaan terjadi disebabkan salah faham sehingga membuatkan warga emas terbabit trauma dan terkejut.

Difahamkan, anak kepada wanita itu telah sesat dan tidak jumpa dengan kedua orang tuanya. Lalu, dia memberhentikan kenderaan lelaki warga emas itu bagi meminta bantuan.

Disebabkan tidak tahu untuk melakukan tindakan seterusnya untuk membantu kerana faktor usia dan keadaannya. Warga emas tersebut hanya pergi begitu sahaja sambil membawa anak kepada wanita itu.

Setelah kenderaannya diberhentikan oleh orang tua kepada remaja OKU terbabit, mereka langsung membelasah pemandu kereta yang berusia 80 tahun berkenaan sehingga menyebabkan dia gementar ketika kejadian dan membuang air kecil dalam kereta.

Menurut sumber di Twitter, seorang pengguna @nadhirahothman_ menjelaskan bahawa pemandu berkenaan juga seorang OKU.

“Korang baca la kat original tweet tu laporan kes ni. Aku pun simpulkan dari situ ja. Atuk 80 tahun yang dituduh penculik tu pun OKU. Hmm.. hang bertuah kak oi atuk tu tak buat sebarang laporan tindakan kat hang. Kalau aku laa.. haih..”, tulisnya melalui ciapan di Twitter.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa geram terhadap wanita berkenaan kerana terburu-buru melepaskan amarahnya. Dalam pada itu, ramai yang meluahkan rasa simpati terhadap warga emas tersebut dan meminta pihak keluarganya untuk menyaman wanita berkenaan.