Wanita buat oral seks kat perompak agar polis sempat tiba di lokasi – “Sting aku yahuuu konon…”

BARU padan muka kau! Seorang perompak di Slovakia ditahan polis selepas wanita melakukan seks oral terhadapnya bagi melengahkan suspek sehingga polis tiba di tempat kejadian, lapor The Reporter.

Memetik laporan asal portal Daily Mail, suspek berusia 24 tahun cuba merompak stesen minyak itu dalam kejadian yang berlaku di pinggir bandar Bratislava pada malam Selasa lalu.

Ketika cuba mendapatkan wang dari peti keselamatan, wanita berusia 36 tahun itu mula melakukan seks oral terhadap suspek, sebelum polis tiba dan menahan suspek yang sedang baring di lantai dalam keadaan separuh bogel.

Sebelum itu, suspek meminta kakitangan stesen menyerahkan wang dan menumbuk salah seorang kakitangan di kaunter beberapa kali.

Suspek kemudian masuk ke pejabat kecil dalam stesen tersebut dan meminta kakitangan kedua membuka peti keselamatan. Dalam masa yang sama, kakitangan yang pertama berlari keluar menghubungi polis.

Tidak beberapa lama kemudian, datang seorang wanita misteri dan mula melakukan seks oral terhadap suspek bagi melengahkannya keluar dari stesen tersebut.

Polis yang tiba di lokasi kejadian, terus masuk dan menahan suspek.

Jurucakap polis, Noviny berkata, tidak dapat dipastikan bagaimana suspek dan wanita itu boleh melakukan perbuatan tersebut dan sama ada mangsa dipaksa ataupun tidak juga masih dalam siasatan polis. Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut.

Sumber: The Reporter