Viral ‘rider’ makanan ini sempat curi masa untuk belajar sambil tunggu pesanan pelanggan

TIDAK dinafikan, sejak pembelajaran di atas talian, ramai pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) telah mengambil peluang untuk melakukan kerja sambilan.

Terbaru, tular sebuah video memaparkan kesungguhan seorang pelajar IPT yang sempat mencuri masa untuk menyalin nota sambil menanti pesanan pelanggan untuk dihantar.

Video berdurasi 18 saat yang direkod oleh rakannya juga bekerja sebagai Food Panda itu telah menarik perhatian warganet. Rata-ratanya memberikan reaksi positif dan kagum dengan kegigihannya pelajar tersebut.

Tiktok: anak ronaldo

Dalam pada itu, ada juga yang turut mendoakannya agar dimurahkan rezeki dan kecemerlangannya dalam bidang akademik. Sekaligus, ini juga merupakan salah satu bukti dimana generasi muda pada masa kini merupakan generasi yang tidak pemalas dan kuat berusaha.

Apa pun, semoga usaha pelajar ini diberkati. Aameen!