Home Viral (Video) ‘Padan muka kau setan!’ – Nak potong sangat kan…

(Video) ‘Padan muka kau setan!’ – Nak potong sangat kan…

Simpang tiga yang menghubungkan Putrajaya – Nilai – KLIA berhampiran Kota Warisan sememangnya kerap sesak terutamanya di waktu puncak. 
Keadaan bertambah sesak apabila ada golongan pemandu yang tidak bertanggungjawab menyalahgunakan lorong motosikal semata-mata mahu cepat melepasi kesesakan itu. 
Tindakan mereka itu membuatkan ramai pengguna lain bengang kerana sudah beratur dan bersabar, terpaksa pula menghadap golongan pemandu yang tidak bertanggungjawab itu. 
Dalam video yang baru viral semalam menunjukkan seramai lapan anggota polis trafik menahan dan mengeluarkan saman terhadap pemandu yang menyalahgunakan lorong tersebut untuk kepentingan diri. 
“Haaa.. korang semua, padan muka! Nak potong sangat kan, nak lalu lorong motosikal kan, tak nak lalu jem. Kau tengok abang polis kat depan tu dah jaga, padan muka kau setan!!! Haaa!” kata perakam video tersebut. 

Reaksi netizen
Sumber – Info Roadblock JPJ/POLIS
Exit mobile version