Home Viral “Kerana bosan jaga suami strok, Isteri pukul dengan tongkat berkali-kali”

[Video] “Kerana bosan jaga suami strok, Isteri pukul dengan tongkat berkali-kali”

Sifat zalim seorang isteri yang memukul suaminya dalam keadaan strok dan penyakit alzheimer tular di laman sosial hingga mendapat kecaman serta tidak tidak puas hati oleh netizen di Jakarta.

Kemudian, Suami yang berusia 65 tahun itu, sedang duduk dia atas sofa yang tidak mampu berjalan, dipukul bertubi-tubi menggunakan tongkat berkaki empat oleh si isteri, 35, di dalam rumahnya di Pantai Mutiara, Utara Jakarta, semalam.

Lantas, rakaman berdurasi 2 minit 30 saat itu tular di laman Twitter dengan tontonan lebih 1.3 juta dari warga maya.

Turut difahamkan, semasa kejadian si isteri memukul suaminya, pukulan berkali itu memberi kesan cedera ringan di bahagian muka dan luka. Walaupun suaminya meraung kesakitan tetapi isterinya tetap memukul tanpa belas kasihan.

Lalu, Isterinya juga meluahkan perasaan tidak sanggup menjaga suaminya kerana keletihan.Katanya, dia sudah bosan dengan sikap suaminya yang kerap membuang air besar di dalam seluar.

Apa yang lebih membuatkan isteri bertambah marah apabila suami dikatakan telah mengorek punggungnya walaupun isterinya sudah membersihkan najis pada seluarnya itu.

Dia juga tidak peduli sekiranya diceraikan oleh suaminya tetapi dengan syarat dia diberikan wang sebanyak 1 milion Rupiah iaitu bersamaan RM295,000.

Sementara itu, Ketua Polis Penjaringan AKBP, Imam Rifai ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kes tersebut dan ia ada kaitan dengan jenayah.

“Ya, kami menerima laporan daripada orang ramai dan kami ke lokasi kejadian,” katanya dipetik oleh AFP.

Bagaimanapun, menurut laporan Sinar Harian, Kejadian itu berlaku pada hari Rabu serta polis sudah menahan isteri manakala suami itu diserahkan kepada ahli keluarganya.

Exit mobile version