Bawa duit ‘berkepuk’ ke bazar, usahawan kosmetik bersyukur dapat kongsi rezeki bersama peniaga

SEJAK pandemik melanda, banyak perniagaan para peniaga di bazar Ramadan yang terjejas. Walaupun sukar, perkara tersebut terpaksa dilalui para peniaga demi meneruskan kehidupan bagi menyara keluarga.

Apabila jualan para peniaga tidak habis terjual walaupun sudah selesai waktu berbuka, sudah pasti mereka akan buntu kerana mungkin ada yang masih belum mendapat keuntungan daripada modal pada hari tersebut.

Semalam, menerusi perkongsian seorang pemuda bernama Iddin Syah, dirinya telah memuat naik video yang menunjukkan dia berjalan merayau di bazar Ramadan dan membeli jualan-jualan yang tidak habis dari para peniaga gerai.

Beliau yang juga merupakan seorang usahawan kosmetik dilihat telah pergi ke bazar Ramadan sambil membawa wang tunai dan membeli makanan yang tidak habis terjual dari para peniaga. Kemudian, dia meminta peniaga tersebut menyedekahkan makanan-makanan tersebut kepada pengunjung yang hadir di bazar berkenaan.

Jelasnya dalam caption di Instagram, “saya sekadar kongsikan video itu di IG personal saya sebagai content peribadi, sekaligus untuk memberi contoh yang baik kepada stokis dan ejen ESW.

Kalau pengikut saya di Instagram melihat ia satu inisiatif yang baik, Alhamdulillah”, kata Iddin yang meluahkan rasa syukur dapat berkongsi rezeki kepada orang lain.

Sehubungan dengan perkongsian itu, ramai yang meninggalkan komen positif diatas perkara baik yang dilakukan oleh ushawan kosmetik berkenaan. Ramai yang memuji tindakan yang dilakukan dan berharap lebih ramai lagi orang yang berlumba-lumba dalam melakukan kebaikkan terutamanya di bulan mulia ini.